+603-6204 6384/6388
+603-6204 6277

ikimniaga
info_bep@ikim.gov.my

Pemakanan Yang Sihat Menurut Perspektif Islam

20 in stock

SKU:BKU-PEMAKANAN-SIHAT Category:
  • Description
  • Additional information

Description

BERSYUKUR dengan nikmat kesihatan seringkali diremehkan oleh manusia. Apabila mengharungi kesakitan, barulah manusia mengerti akan indah dan nikmatnya sebuah kesihatan. Menghargai kesihatan melalui pemakanan dan gaya hidup sihat amat dianjurkan dalam Islam. Pemakanan merupakan aspek yang amat penting dalam menentukan kelangsungan hidup seseorang. Bermula daripada bahan mentah ke meja makan, aliran utama ini perlu dititikberatkan dalam segenap penjuru. Aspek zat dan nutrien, halal dan haram, keselamatan dan kebersihan menjadi tunggak utama dalam setiap pemilihan makanan. Ini memastikan agar apa yang dimakan dapat memberikan impak yang baik bukan setakat kepada kesihatan malah mampu menterjemahkan kepada akhlak seseorang. Segala nikmat yang dikurniakan Allah perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya. Anugerah alam yang tidak terhitung di atas muka bumi ini mempunyai nilai dan khasiat tersendiri untuk diterokai manusia. Garapan ilmu dan teknologi yang baik mampu menatijahkan penemuan sesuatu ciptaan Allah mempunyai nilai pemakanan yang baik untuk kesihatan. Justeru itu, buku ini memaparkan indahnya Islam itu melalui anjuran pemakanan yang baik dan berkhasiat, keselarian prinsip halal dan toyyib serta hebatnya kekuasaan Allah itu melalui ciptaan tumbuhan melata di bumi ini yang akhirnya mempunyai nilaian dan manfaat kembali kepada manusia itu sendiri. Sorotan rahsia pemakanan sihat dan khazanah alam yang istimewa, mengajak pembaca menghargai indahnya sebuah kehidupan anugerah Allah kepada hambaNya.

Additional information

Weight 0.1 kg