+603-6204 6384/6388
+603-6204 6277

ikimniaga
info_bep@ikim.gov.my

Makanan Antara Sunnah & Sains

80 in stock

SKU:BKU-MAKANAN-ANTARA-SUNNAH Category: Tags: , ,
  • Description
  • Additional information
  • Reviews (0)

Description

Penulis : Norkumala Hj Awang
Harga : RM25.00 (Harga Tidak Termasuk GST dan Kos Penghantaran)
Berat Buku : 0.25kg
Kategori : Buku, Sains
SKU: 978-9-832-63697-7

Pemakanan adalah satu juzuk daripada akhlak dan adab-adab kenabian. Manakala makanan tertentu yang dimakan oleh Rasulullah SAW adalah sebahagian kecil daripada semua itu. Maka, yang paling penting untuk dipraktiskan adalah adab-adab dan etika yang dianjurkan Rasulullah SAW yang juga selari dengan konsep halalan tayyiban. Oleh kerana itu, pemakanan sunnah merupakan satu piawaian konsep pemakanan halalan tayyiban yang disebut dalam al-Quran. Sungguh, Rasulullah SAW mendapat barakah daripada yang dimakannya, sehingga diberi kelebihan kesihatan dan ketaatan yang tiada tolok bandingnya. Maka, dengan itu,wajarlah Rasulullah SAW dijadikan suri teladan sepanjang zaman.

Lambakan produk makanan sunnah yang berada dipasaran kini dikatakan mempunyai pelbagai fungsi untuk kesihatan. Ia menimbulkan kekeliruan banyak pihak terutamanya pengguna. Apakah itu makanan sunnah dan perbezaannya dengan pemakanan sunnah? Sejauhmana keberkesanan produk-produk tersebut perlu dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan? Dalam rangka mempromosikan gaya hidup sihat, usaha pembangunan dan penyelidikan perlu dirintiskan agar ia dapat dimartabatkan bukan sekadar berdasarkan testimoni semata-mata. Apakah cabaran mendepani dalam isu pemakanan halal dan hak-hak pengguna Islam untuk mendapatkan makanan halal serta berkhasiat? Semua dibahaskan dalam buku ini.

Additional information

Weight 0.25 kg

Reviews

There are no reviews yet. Add a review