+603-6204 6384/6388
+603-6204 6277

ikimniaga
info_bep@ikim.gov.my

Kreativiti & Imaginasi dalam Psikologi Islami: Pengamatan al-Ghazzali, al-Baghdadi dan ar-Razi

495 in stock

SKU:BUKU-2019-KREATIVITI-1 Category: Tags: , , , ,
  • Description
  • Additional information

Description

Oleh kerana daya cipta atau kreativiti insan berkait rapat dengan daya khayal atau imaginasinya, sebarang langkah untuk memupuk kreativiti harus melibatkan kefahaman tentang hakikat dan sifat daya khayal. Memandangkan para Ilmuwan Islam terdahulu telah mengkaji dan memperihalkan tentang daya ini, maka sangat penting sekali perbahasan mereka ini diteliti semula dan dimanfaatkan demi melanjutkan penyelidikan berkenaan kreativiti yang bertepatan dengan Agama Islam. Buku ini khusus meninjau pengamatan tiga Ilmuwan Islam – iaitu: Abu Hamid al-Ghazali (w.505/1111M); Abu al-Barakat al-Baghdadi (w.560H/1165M); dan Fakhr al-Din al-Razi (w.606H/1209M)- terhadap daya khayal dan daya cipta dari segi psikologi, khasnya yang berkaitan dengan hal ehwal ilmu. Tinjauan tersebut dilakukan dalam kerangka rangkaian 2 persoalan pokok: pertamanya, sekiranya sifat “baharu” itu merupakan intisari “ciptaan” atau “rekaan”, maka apakah sebenarnya tahap dan sifat kebaharuan atau pembaharuan yanag dimaksudkan ketika merujuk kepada penghasilan insan?; dan keduanya, apa sebenarnya kedudukan, peranan dan tugas  “daya khayal” dalam menghasilkan pembaharuan atau kebaharuan itu tadi?

ISBN 978 983 2636 519

Additional information

Weight 0.2 kg