Sale!

ISLAM, KESIHATAN MENTAL dan NEUROPSIKIATRI

RM36.00

197 in stock

Bandingkan
SKU: BKU-KESIHATAN-MENTAL Category: Tags: ,

Kongsi produk ini di

Description

Karya bertajuk Islam, Kesihatan Mental dan Neuropsikiatri ialah hasil suntingan dan penambahbaikan terhadap semua kertas kerja yang dibentangkan dalam program Muzakarah Pakar ”Kesihatan Mental: Perspektif Islam dan Neuropsikiatri” yang telah berlangsung pada 17 Oktober 2017 di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia. Program anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) tersebut merupakan kesinambungan daripada beberapa wacana ilmiah yang membincangkan topik
neurosains dengan tema-tema tumpuan yang berbeza. IKIM dan USM telah menjalinkan kerjasama dalam bidang tersebut berpandukan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 27 November 2015 dan berkuat kuasa selama tiga tahun sehingga 26 November 2018. Penyelidikan bertajuk “Neuroetika: Ke Arah Kesepakatan Kefahaman Islam dan Sains Perubatan” ialah usaha untuk merealisasi MoU tersebut dan melibatkan penganjuran dua muzakarah pakar, iaitu Muzakarah Pakar “Hidup dan Mati: Antara Kefahaman Islam dan Neurosains” pada 23 Oktober 2016 dan muzakarah pakar yang dimaksudkan pada 17 Oktober 2017 di atas. Sebuah karya suntingan bertajuk Hidup dan Mati menurut Islam dan Neurosains juga telah berjaya diterbitkan pada tahun 2017 hasil daripada muzakarah pakar pada Oktober 2016 itu. Karya itu, bersama-sama dengan karya yang sedang ditatap oleh para pembaca ini, adalah susulan daripada usaha IKIM meneroka jalinan hubungan yang wujud antara Islam dan Neurosains yang bermula dengan penerbitan karya bertajuk Islam dan Neurosains: Isu dan Cabaran pada 2016.

Additional information

Weight 0.1 kg
Shopping cart1
-
+
Total
RM31.00
1