+603-6204 6384/6388
+603-6204 6277

ikimniaga
info_bep@ikim.gov.my

Indeks Pembangunan Ummah Malaysia

Author: Muhammad Hisyam Mohamad & Nur Syahidah Abdul Jalil
Publisher: Institut Kefahaman Islam Malaysia
Category: Islam
ISBN: 9789832718338
File Size: 2.11 MB
Format: epub
Language: BM

Klik di sini untuk membuat pembelian

 

Sinopsis
Indeks Pembangunan Ummah Malaysia atau MUDI merupakan satu indeks yang dibangunkan oleh IKIM bagi mengukur tahap pembangunan yang dicapai oleh umat Islam di Malaysia dari perspektif Islam. Ia merupakan cetusan idea bekas Pengerusi IKIM iaitu Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang merasakan indeks-indeks pembangunan yang sedia ada tidak mengambilkira unsur kerohanian dalam proses pembentukan indeks-indeks tadi. Sebagai sebuah agama samawi, kesempurnaan agama Islam merangkumi kedua-dua aspek kerohanian dan kebendaan. Kegagalan untuk mengimbangi kedua-dua unsur ini dalam proses pembangunan akan menghasilkan ketidakharmonian di dalam kehidupan manusia.Sebaliknya, pengintegrasian kedua-dua aspek rohani dan material akan menghasilkan satu kehidupan yang holistik dan seimbang. Dibentuk berdasarkan kepada 3 sub indeks iaitu Indeks Pembangunan Ekonomi, Indeks Pembangunan Sosial dan Indeks Pembangunan Rohani, MUDI menyediakan satu petunjuk tentang gambaran pencapaian orang Islam di Malaysia dalam ketiga-tiga bidang pembangunan tadi.