+603-6204 6384/6388
+603-6204 6277

ikimniaga
info_bep@ikim.gov.my

Category Archives: Tazkirah

Hakikat Merdeka Sebenar

“ALLAH telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan manusia daripada penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah Ta’ala, daripada kesempitan dunia kepada dunia yang lapang, daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam.” Itu adalah kata-kata bijak yang terpacul dari mulut seorang sahabat Baginda Rasuulullah SAW yang hebat bernama Rib’ie bin Amir RA ketika di tanyakan tujuan kehadirannya ke bumi Parsi. Sebuah kisah yang mashyur, pertemuan bersejarah Rib’ie bin Amir RA dengan panglima tentera Parsi bernama Rustum telah membawa sebuah slogan kemerdekaan serta kebebasan  yang sebenar Read More...

Bijaknya Dakwah Nabi Ibrahim A.S

SETIAP certita di dalam Al-Quran adalah cerita yang terbaik untuk kehidupan kita yang menawarkan motivasi serta solusi kepada masalah yang kita hadapi. Cerita-cerita daripada Allah SWT pasti memberikan kita Ibrah dan pengajaran. Ustaz Muhammad Syaari Ab Rahman berkongsi kisah dakwah Nabi Ibrahim AS menerusi segmen Ibrah yang bersiaran minggu lalu di IKIMfm pada hari Isnin, 5.15 petang. Ustaz turut berkongsi bagaimana ustaz menghayati kisah dakwah Nabi Ibrahim AS saat berada di bumi Turki yang turut sama menjadi lokasi dakwah Nabi Read More...

Kiamat : Saat Bumi Tergoncang & Digoncang

DI dalam  Surah Al-Zalzalah, Allah menceritakan bagaimana keadaan yang berlaku kepada bumi saat tibanya hari kiamat, maksudnya: “Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya , Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?” Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, Read More...

7 Kualiti Manusia

DI hari kiamat kelak manusia akan dihimpun dan dipertanggungjawabkan dengan setiap yang dilakukan selama di dunia. Saat kondisi matahari terlalu hampir dengan ubun-ubun pastinya memeritkan untuk sampai giliran penghisaban. Ketika padatnya Padang Mahsyar dengan kaki tanpa beralas di tambah suhu yang merimaskan, tiba-tiba wujud kelompok hambaNya yang tenang berekat di bawah naungan. Siapakah golongan tersebut? Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim dari sahabat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah Read More...