Drama Radio: Seteguh Kasih Ramadan

Drama Radio: Seteguh Kasih Ramadan

SETEGUH-KASIH-RAMADAN-POSTER-6-jun2016-v2

Drama ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Azman (Fizz Fairuz) yang diumpamakan seorang yang “sudah jatuh ditimpa tangga” apabila melalui kegagalan dalam kerjaya dan seterusnya gagal dalam perkahwinan. Ini kerana isterinya Darina (Yatt Hamzah) tidak dapat menerima kehidupan mereka yang sering diuji dengan masalah kewangan. Lalu Azman, seorang yang aktif dengan kerja-kerja kemanusiaan dan merupakan sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM) pulang ke kampung halamannya di Kuala Selangor untuk membina hidup baru kerana dia cukup yakin hijrah itu akan membawa kejayaan kepada dia dan dua anaknya. Dalam ‘kekalahan’ yang dihadapi itu hanya kepada Allah SWT tempat mengadu dan tempat dia menggantung harap. Kehadiran Sakinah seperti memberi sinar baru untuk dia meneruskan hidup membesarkan anak-anak yang dahagakan kasih sayang seorang ibu.
[html5mp3 id=2]

 

*Anda boleh mendengar audio drama ‘Seteguh Kasih Ramadan’ secara percuma di sini. (*Anda tidak boleh memuatturun audio tersebut)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping cart0
There are no products in the cart!
0